Thursday, March 19, 2009

yg ni plak lebih kurg mcm cerpen kat bwh nie...just ayat die lebih selamba, direct, hampeh dan agak kurang akar sket...

bukan x takut kuarkan bende camni..

tp kepada sesapa yg terbace dan rase mcm ade kaitan..

aku minta maaf byk2...

anggaplah tu sebagai bahan bacaan biasa dan tiada kene mengena dengan sesapa pun...

sekali lagi...AMPUN!!!



Hidup ini punyai macam-macam perkara yang pelik. Tapi, tanpa perkara-perkara pelik begini, mungkin hidup tak seindah ini. Pelbagai perkara yang aku lalui dan aku tempuhi menuju satu destinasi yang aku sendiri tidak ketahui. Mungkin akan membawa aku ke jalan yang betul ataupun yang songsang. Moga-moga yang siratal mustaqim. Azam aku tak pernah berubah sejak dari dahulu lagi. Ingin meramaikan bilangan kawan-kawan aku. Kadang-kala aku boleh dikira berjaya, tapi kadang-kala aku merasa sedikit gagal kerana aku sering kali melupakan kawan-kawan lama aku. Mungkin alasan sibuk dengan kerja dan aktiviti harian agak utuh tapi ia rapuh. Hubungan aku dengan ”adik-beradik” aku dari sekolah rendah dulu pun dah semakin kabur. Ke mana ”along”, ”alang”, ”usu” dan lain-lain pun aku tidak tahu. Pernah aku berusaha untuk menyatukan semula ”adik-beradik” aku, tapi usaha aku agak sia-sia. Kebanyakan mereka sibuk dengan rutin masing-masing. Jika dulu, pantang diajak keluar ke pekan, semua pasti setuju tanpa berfikir panjang. Tapi sekarang, macam-macam alasan yang diberi. Terutama sewaktu selepas SPM dahulu, ada yang kerja, ada yang pergi kelas memandu dan sebagainya. Termasuklah aku sekali. Kalau dulu, sekurang-kurangnya mesti akan berjumpa di masjid sewaktu sebelum sembahyang Jumaat, tapi, makin lama, makin jarang dapat bertemu. Kalau bernasib baik sekali pun hanya sempat bersalam dan bertanya khabar sebentar sebelum masing-masing membuka langkah sendiri. Mungkin juga kerana mereka agak segan untuk berkawan dengan aku yang kononnya jauh lebih pandai berbanding mereka, tapi aku hanya seorang budak Kampung Sri Kinta biasa seperti orang lain. Ilmu di dada memang membezakan taraf seseorang tapi ia tak seharusnya terus menghancurkan persahabatan yang terjalin rapi. Seandainya aku diberi peluang untuk menyatukan semula semua ”adik-beradik” aku dahulu, pastinya sesuatu yang sangat berharga. Bukan sekadar berjumpa, berkongsi cerita dan pengalaman. Pasti pelbagai pahit maung yang di lalui setiap daripada kami menjadikan kami semakin matang dalam menempuh kehidupan ini. Aku sendiri pun ada bermacam-macam cerita yang ingin dikongsi. Tak habis satu malam kalau nak diceritakan.

Saat gembira tertawa,
Saat berduka kita sama-sama,
Duduk bermuram durja,
Kita saling memerlukan,
Mengerati satu ikatan,
Itulah erti persahabatan.

Ada kalanya, terkasar bahasa,
Tapi kita saling memaafinya,
Pahit manis, kecapi bersama,
Bersatu hadapi segala,

Bersamalah teman kita hargai,
Mahkota suci,
Bersamalah teman kita harungi,
Istana erti persahatan.


Berkekalanlah, hendaknya,
Kemesraan diantara kita,
Seandainya, tak lagi bersama,
Semat kenangan mengusik jiwa.


Walau bagaimanapun, sewaktu aku di sekolah menengah atau di asrama penuh, aku sendiri punyai pelbagai pengalaman menarik. Abang angkat, adik angkat, bola keranjang, wind orchestra, marching band, Ocy Faizis, TC Crew@STK(selepas penjenamaan semula) dan macam-macam lagi. Kumpulan STK atau Semua Tentang Kita ini dah lama berjumpa dan akrab tetapi hanya sewaktu kami di tingkatan 5 dan hampir-hampir akhir tahun kami menubuhkan kumpulan ini. Bukan untuk mengehadkan komuniti kawan-kawan kami tetapi sebagai satu tanda dan ikatan yang mengukuhkan kami semua. Ahli kumpulan kami terdiri daripada pelbagai golongan dan latar belakang hidup dan minat. Kebanyakkan daripada kami mempunyai ’jambu’ atau adik angkat masing-masing kecuali aku. Aku bukannya tiada adik angkat, tetapi tidaklah secara terang-terangan seperti kawan-kawanku yang lain. Hanya aku rapat dengannya kerana kami sama-sama dalam kumpulan orkestra dan marching band. Secara jujurnya, aku tidaklah rapat mana dengan adik angakat aku itu, tapi dia dan aku tahu yang kami ada hubungan yang agak berbeza berbanding aku atau dia dengan orang lain. Bukan hubungan sejenis! Berbalik kepada cerita aku dan STK, kami semua menetap di bilik yang sama kecuali sebahagian daripada kami yang mempunyai tugas lain di tempat lain. Kami sering berkumpul dan lepak bersama di bilik aku ataupun sudah menjadi ’markas’ kami. Keadaan tempat itu mengikut ’mood’ kami. Kadang-kadang kemas mengalahkan hotel 5 bintang, tapi, selalunya, mengalahkan tempat kicing beranak! Walaupun begitu, satu perkara yang kami sentiasa kami amalkan iaitu, ”HAPPY GO LIUCKY!” tak kira waktu susah dan senang. Setiap masalah pasti ada penyelesaian dan kami akan cuba untuk selesaikan bersama. Antara memori-memori manis aku bersama STK adalah semasa minggu SPM, kami sekumpulan tidur diatas ’turf’ di tengah-tengah padang sekolah. Sepanjang malam itu, kami berkongsi cerita masing-masing dan bergurau-senda. Aku menceritakan tentang kisah cintaku dengan bekas kekasihku. Ada juga yang menceritakan tentang dari hari pertama dia mendaftar sebagai seorang STARIAN sehinggalah kami semua terdampar ditengah padang waktu itu. Kami menyanyi, ketawa, sehinggalah kami semua terus tidur disitu walaupun keadaan tidak berapa selesa dan diganggu sang nyamuk. Kami perhatikan bulan merentasi langit sepanjang kami bercerita. Selian itu, sewaktu selepas SPM tamat, kami juga beramai-ramai telah berkelah di Ulu Chepor. Itu adalah ideaku dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat hebat walaupun penat melawan arus sungai. Bibir kami tak lekang daripada mengukir senyuman kegembiraan dan kepuasan walaupun bayaran teksi agak mahal. Nasib baiklah sewaktu kami pulang, kami mendapat durian runtuh lebihan duit yuran dan tambang balik kampung yang terakhir kami terima. Bagi aku yang berasal daripada Ipoh sahaja, hanya mendapat RM5. Walaupun begitu, lepas juga aku makan tengah hari dengan Mcdonald’s. Ia satu hari yang sangat menggembirakan walaupun ianya hari terakhir kami akan bersama sebagai seorang pelajar yang bergelar STARIAN. Malam jasamu dikenang menjadi penutup perjalanan kami di bumi STAR dan satu permulaan kepada perjalanan yang penuh liku dan halanagan yang bakal kami tempuhi selagi nyawa di kandung badan. Perpisahan seorang demi seorang meragut hatiku walaupun aku dah bertekad tidak akan menitiskan air mata. Tapi air jernih itu semakin sukar dikawal di saat rakan-rakanku memeluk erat tubuhku memohon seribu kemaafan dan mendoakan kejayaan masing-masing. Bukan kerana banyak dosaku padanya, tapi mungkin kerana banyak perkara yang belum sempat aku lakukan bersama mereka. Di saat persahabatan mekar berbunga, di saat itulah ia dipetik perpisahan yang menyakitkan. Kalau aku mampu undurkan masa dan mengulangi saat-saat indah dulu, pasti aku hargainya seperti aku menghargai nyawaku. Bagi aku, ia bukan satu halangan untuk aku terus mengkotakan azamku.

Waktu terasa semakin berlalu,
Tinggalkan cerita tentang kita,
Akan tiada lagi kini tawamu,
Tuk hapuskan semua sepi di hati.

Ada cerita tenteng aku dan dia,
Dan kita bersama saat dulu kala,
Ada cerita tentang masa yang indah,
Saat kita berduka saat kita tertawa.

Teringat disaat kita tertawa bersama,
Ceritakan semua tentang kita.


Persahabatan terus dijalin sewaktu aku di matrikulasi. Doa pertama sewaktu aku memilih untuk meneruskan perjalanan hidupku di matrikulasi adalah moga-moga aku mendapat rakan sebilik yang sesuai dan tidak memberikan aku sebarang masalah. Alhamdulillah, nampaknya doaku makbul. Aku ditemani seorang bekas pelajar sekolah teknik yang berasal dari Kelantan. Dia ini sangat minat dalam teknologi dan bidang yang sewaktu dengannya. Maklumlah, pelajar teknik. Dia ni juga mempuyai perangai yang agak pelik sedikit selain daripada loghat Kelantannya yang kadang-kala menimbulkan masalah dalam komunikasi kami. Kadang-kala perangainya seperti mengada-ada dan mengjengkelkan. Ada juga waktu yang perangainya melampaui batas yang hampir-hampir aku ingin meninggikan suara kepadanya. Tabiatnya yang amat sukar untuk bangun tidur membuatkan aku menjadi serba salah dan geram terutama pada bulan puasa. Puas aku mengejut untuk bangun sahur dan setelah dikejut berkali-kali(tak mampu dikira lagi)sehingga sering kali tidak sempat untuk bersahur. Sudah tentu ia bukan masalah aku sekiranya dia tidak larat untuk berpuasa tetapi reaksi mukanya seolah-olah menyalahkan aku setelah dia terjaga dari tidur tanpa sempat untuk bersahur yang membuat buku lima aku ini seakan ingin hinggap ke mukanya. Selain itu, sifatnya yang suka menunjuk-nunjuk akan kebolehannya dalam bidang teknologi menjadikan aku semakin meluat akannya. Aku tidak kisah sekiranya dia ingin mengajar tapi janganlah memperbodoh-bodohkan orang yang lemah. Menonton filem bersamanya adalah satu perkara yang sangat membosankan. Dia pasti akan menerangkan kepada aku situasi yang berlaku sedangkan perkara itu memang jelas dapat dilihat dan aku memang sedia mengetahuinya. Tak banyak yang dapat aku komen tentang sifat borosnya kerana itu haknya dan aku sendiri juga kadang-kala boros. Harap-haraplah aku tidak akan menjadi seborosnya. Seterusnya, teman sebilik aku yang kedua adalah bekas palajar sekolah menengah swasta terkenal di Melaka. Dia ini berasal dari Sungai Petani walaupun gayanya seperti dari Kuala Lumpur. Aku senang berkawan dengannya kerana dialeknya yang mudah difahami dan sedikit sebanyak mempunyai minat yang sama sepertiku. Cuma kadang-kala, dia ini mementingkan diri. Pada awal persahabatan kami, kami sering berjalan dan meronda sekitar KMK pada malam Jumaat dan berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing di sekolah yang agak berbeza. Sehinggakan ada yang mengatakan kami seperti “adik” dan “abang”. Lama-kelamaan, hubungan kami menjadi semakin rapuh apabila dia mula mengenal kawan-kawan baru yang kononnya lebih sempoi dan stylo, tidaklah seperti aku yang skema dan stereotaip. Walaupun begitu, kami masih kerap bertukar-tukar cerita tentang masalah masing-masing dan aktiviti harian. Satu keburukan si dia ini adalah terlampau mengambil ringan sesuatu perkara. Cubalah anda bayangkan, dia meminjam laptop aku tanpa sekurang-kurangnya menghantar SMS kepada aku yang dia ingin menggunakannya. Mentang-mentanglah aku telah berikan kepadanya kunci lokerku untuk kegunaan waktu kecemasan. Bukannya aku kedekut sangat sampai tidak membenarkan, tapi sekurang-kurangnya aku tahu siapa yang bertanggungjawab sekiranya sesuatu berlaku kepada barang kepunyaan aku yang paling berharga ini. Sudahlah pinjam pun tak minta izin atau beritahu, ditinggalkannya diatas mejaku sepanjang malam sewaktu aku sedang tidur. Kalaulah sesuatu berlaku kepada laptopku pada waktu itu, dialah orang pertama kedua dan ketiga yang aku persalahkan. Seterusnya, teman sebilikku adalah bekas pelajar Program Dua Tahun(x-pdt) yang berasal daripada Jitra, tidak jauh daripada Changlun ini. Dia ini sangat peramah dan pandai bergaul. Mungkin kerana itulah yang menyebabkan pintu bilikku ini sering kali diketuk rakan-rakannya. Aku bagaikan penyambut tetamu di bilik itu. Cuma ada perkara kecil sahaja yang membuat aku kadang-kadang menjadi geram dan panas hati. Sekali lagi kerana laptop ini. Jika dulu, sebelum aku membawa laptop ke KMK, dia boleh belajar macam biasa sahaja dengan hanya mendengar lagu-lagu daripada telefon bimbitnya. Tapi kini, hendak mula belajar pun perlu ada laptop dihadapan dan sambil menonton filem. Itu bukan nak belajar namanya, itu sudah naik lemak. Kalau sekali dua mungkin tidak mendatangkan perasaan geram, tetapi sekiranya sudah terlampau kerap, siapa yang tak naik darah. Nasib baiklah aku masih mampu menahan perasaan yang seperti gunung berapi ini. Aku sendiri ada menonton filem tetapi hanya apabila waktu lapang seperti hujung minggu dan cuti umum. Ada juga pada suatu masa, dia kononnya perlu menonton video bola sepak sebelum turun bermain. Kalau dah sampai tahap begitu maknanya memamng nak makan penyepak(kedua-dua bunyi ‘e’ boleh digunakan). Secara kesimpulannya, aku sangat bersyukur mempunyai rakan sebilik yang sebegitu walaupun sering kali membawa masalah kepada aku. Kalau nak dibandingkan dengan rakan sebilik orang lain yang jauh lebih teruk daripada itu. Sehinggakan ada yang tidak pernah bertegur sapa antara satu sama lain. Komuniti rakanku di KMK tidak terhenti di situ sahaja, aku terus melebarkan pengaruh rakanku dengan orang lain. Aku mempunyai pengaruh yang agak ramai di KMK. Cakap sahaja Yuhairi yang main bola keranjang itu, hampir seluruh KMK mengenaliku. Maklumlah, salah seorang lelaki yang yang paling digilai di KMK. Tapi itu semua itu sewaktu aku aktif bermain bola keranjang dahulu. Hampir berpuluh-puluh pelajar perempuan yang sanggup turun ke gelanggang semata-mata untuk menonton perlawanan persahabatan bola keranjang dan hanya untuk menyokong aku. Ada yang mengatakan bahawa aku adalah Zack Efron KMK seperti dalam filem High School Musical. Aku segan untuk mengaku sebenarnya tapi sejak aku menonton filem tu buat kali pertama dahulu, iaitu filem pertamanya, aku sudah merasakan bahawa aku mempunyai persamaan dengannya dalam beberapa perkara. Kami kedua-duanya minat dan berkebolehan dalam sukan bola keranjang dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik. Walau bagaimanapun, suara aku tidaklah sesedap suaranya. Aku hanya gemar menyanyi dan memberi komen tentang nyanyian orang lain. Semasa di KMK, sekali lagi aku mempunyai kumpulan aku sendiri yang sangat memberi impak besar dalam aktiviti rutin aku di KMK. Mereka sangat mudah bekerjasama dan sentiasa nasihat menasihati antara satu sama lain dengan cara yang tertentu. Walaupun kadang-kadang agak pedas dan terasa hati, tapi aku menerimanya dari sisi positif. Semenjak aku semakin rapat bergaul dengan mereka, semakin dekat diriku dengan jalan yang benar. Kakiku semakin kerap melangkah ke masjid dan sujud kepada-Nya. Maksudku, bukanlah aku dahulu jarang menunaikan kewajipan yang telah disyariatkan-Nya, tapi amalku semakin berkualiti. Tidak lagi hanya menunaikannya sekadar seperti melepaskan batuk di tangga, dan aku semakin kerap menggunakan anugerah suaraku ini melirik ayat-ayat suci al-Quran. Alhamdulillah. Mereka hanya manusia biasa yang telah merubah hidupku. Moga-moga ia kekal sebagai sebahagian daripada hidupku hingga akhir zaman. Antara aktiviti-aktiviti menarik semasa bersama mereka adalah bermain bola tampar setiap petang. Selagi kami dapat meminjam bola tampar daripada stor sukan itu, kami pasti akan meneruskan aktiviti yang menjadi rutin harian kami selain daripada mengikuti kelas dan kuliah seperti biasa. Selain itu, kami pasti akan bertemu lagi di kafe untuk makan malam bersama-sama. Kadang-kala ada diantara kami terpaksa beredar lebih awal kerana urusan lain. Selebihnya, pasti akan meriuhkan suasana di kafe dengan gelak tawa dan jenaka. Kami juga sering membincangkan tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling yang disiarkan di kaca tv. Seronok rasanya dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan yang lain mengenai sesuatu perkara. Idea-idea yang menarik yang melampaui batas umur kami sentiasa dibincangkan. Kami hanya prihatin, bukan seperti tin kosong sahaja. Persahabatan kami menjadi semakin utuh apabila kami bersama-sama menyertai rombongan ke Terengganu yang di kelolakan oleh AJK kelas aku semester pertama. Walaupun mengalami sedikit pertukaran program, tapi ia tetap satu rombongan yang sangat sukar dilupakan. Bukan hanya kerana itu kali pertama aku melancong ke bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, tetapi suasana yang tidak pernah sunyi dengan hilai tawa dan senyuman yang sentiasa terukir walaupun kepenatan. Rombongan yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu telah menyatukan semula aku dan rakan sekelas aku di semester pertama dan 4 orang lagi rakan yang tidak asing lagi dalam hidupku. Seterusnya, kami juga sama-sama menyertai pertandingan nasyid yang diadakan bersempena dengan Minggu Ko-kurikulum KMK. Persediaan telah dibuat 3 minggu sebelum hari pertandingan. Kami menyanyikan lagu Damai Yang Hilang yang dipopularkan oleh kumpulan Nowseeheart. Ia juga bersempena dengan kemusnahan dan kehancuran yang telah dilakukan oleh Yahudi laknatullah. Aku menyumbang suara bagi bahagian base dan ada juga bahagian yang aku perlu menyanyikannya dengan suara mendatar dan ada juga bahagian yang memerlukan aku untuk memaksa tekakku memperhebatkan getarannya. Rasa hampir terkeluar anak tekakku ini. Aku sendiri tidak tahu yang aku mampu menarik suaraku setinggi itu. Bakat terendam. Mungkin kerana amalanku yang tidak meminum air berais dan sejuk yang menjadikan suara aku sebegitu. Mungkin suatu hari nanti aku boleh menyertai bidang nyanyian secara serius, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tapi mungkin selepas aku bergelar seorang doktor. Insya-Allah.
sebenarnya, ini sepatutnya dihantar untuk pertandingan cerpen...tapi sebab x sempat nak anta..so bace je a ekh....



Sohabat.
Kawan.
Friends
Tomodachi.

Di mana sekalipun anda berada, perkataan itu bukanlah asing bagi anda. Mungkin sebutannya berbeza-beza tetapi ia sentiasa merujuk kepada manusia yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Tidak mungkin wujudnya perkataan itu sekiranya hanya kita seorang sahaja di dunia ini. Seperti penciptaan Nabi Adam A.S. dan Hawa, mereka juga saling lengkap-melengkapi. Persahabatan tidak pernah mengira umur, pangkat atau harta, masa dan tempat. Persahabatan boleh bermula dengan satu senyuman, dan hanya mungkin akan berakhir dengan kematian. Ia terjalin tanpa disedari, namun, penghujungnya meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Mungkin perkataan ’penghujung’ tidaklah begitu sesuai untuk digunakan, kerana dalam hidupku, ia tidak pernah berpenghujung. Belum berpenghujung.


Wahid, isnain, salasa...

Apabila sinar keemasan mentari menyimbah bumi di waktu petang, aku terus berlari memecah angin keluar bermain badminton dengan jiranku, Izzat dan Hazim. Ia merupakan aktiviti petang yang sangat aku gemari. Biasalah, budak-budak. Aku yang baru berumur enam tahun tidaklah sehandal Rashid Sidek dan abang-abangnya bermain badminton. Kebanyakan masa, aku hanya mengutip bulu tangkis yang terjatuh kerana tidak mampu membalasnya. Kadang-kadang kami lebih penat mengutip bulu tangkis daripada memainkannya. Walau bagaimanapun, ia tetap menjadi rutin petang yang sangat aku gemari. Aku lebih rela meninggalkan cerita-cerita kartun di televisyen semata-mata untuk keluar bermain dengan dua orang adik-beradik itu. Izzat yang sebaya denganku lebih aktif berbanding adiknya Hazim. Mungkin kerana saiz badan Hazim yang lebih gempal, tetapi dia sangat comel dan kelakar. Satu syarat yang telah ditetapkan oleh emak, sebelum bermain, aku mestilah mengaji atau membaca Iqra’ terlebih dahulu. Pernah juga aku membuat helah supaya aku boleh pergi bermain dengan lebih awal.

Setibanya emak di rumah setelah bekerja di kilang, aku terus mendapatkannya.

”Mak, Ae (nama panggilan aku di rumah) dah mengaji dah tadi, Nyah ajar.”
”Betulkah ni? Kalau betul baguslah.”
”Betul, Ae nak pergi main dulu ya.”
”Main elok-elok, jangan sampai jatuh.”
”Ya lah mak, bye!”

Walaupun sebenarnya aku belum mengaji lagi! Helah aku bertahan lebih kurang seminggu sebelum emak bertanya sendiri kepada kakakku. Waktu itu, emak memarahiku diselangi gelak tawa kerana entah bagaimana budak hingusan seperti aku boleh mendapat idea untuk menipu sebegitu sekali semata-mata untuk bermain badminton lebih awal. Apabila teringat semula akan gelagatku sewaktu kecil, tersenyum sendiri aku dibuatnya. Tidak sangka aku sebegitu nakal.

Izzat seorang pelajar yang sangat bijak. Semasa dibangku sekolah, walaupun kami sekelas, tetapi dia sering mendapat tempat yang terbaik berbanding aku yang biasanya mendapat tempat yang tercorot. Namun, tidak sekalipun Izzat pernah mengelak untuk berkawan denganku. Itulah yang yang dipanggil persahabatan. Namun, awan mendung menutupi langit biru tidak mampu aku lawan. Keluarga aku terpaksa berpindah ke tempat lain yang tidak jauh dari situ. Tanah sendiri. Rumah juga jauh lebih selesa dan pastinya persekitaran kejiranan yang baru. Rumah lama itu disewakan. Persahabatan aku, Izzat dan Hazim tidak berakhir di situ. Sekali-sekala, aku datang menjenguk jiran-jiran yang telah melihat aku merangkak, berjalan dan berlari.

Bertemu dan berpisah,
Adat manusia biasa.
Hilang dimata,
Tapi dihati tidak lupa.
Berdoalah kita,
Agar aman dan sentosa.
Semoga suatu masa,
Kita akan jumpa lagi.

Bertemu dan Berpisah


Satu, dua, tiga...

Sebelum fajar saddiq muncul di ufuk timur, mencurahkan limpahan cahaya rahmat-Nya, aku telah pun bersiap sedia untuk ke sekolah. Air paip di waktu Subuh membasahi tubuh kecilku. Sejuk sangat. Kadang-kadang, sampai selsema aku dibuatnya. Setelah selesai bersarapan bersama ayah yang aku panggil ‘Apak’, terus aku mencapai basikal dan berkayuh ke sekolah. Wang seringgit kertas menjadi bekalan aku ke sekolah. Apabila sampai awal bulan atau Apak baru mendapat bonus, dapatlah aku merasa lebih sedikit. RM1.50, RM2.00. Jika hendak dibandingkan dengan abangku, memang tidak adil. Dia selalu mendapat lebih. Alasannya, “kamu kecil lagi, nanti hilang duit tu”. Mungkin ada kebenarannya, aku ini jenis yang lalai dan cuai.

“Pergi dulu mak!”
“Ha, yela. Balik nanti jangan melencong ke mana-mana tau.”
“Ya!”

Roda basikalku berputar pantas, harap-harap roda hidupku tidaklah sebegitu pantas kerana ingin aku nikmati setiap saat yang berlalu. Terutama waktu mudaku ini. Sahabat-sahabat aku di sekolah adalah ‘adik-beradikku’. Kami berlima. Aku sebagai angah, Faiz; along, Nazrin (atau lebih mesra dengan panggilan Ayin); alang, Hakimi; usu, dan Naim; adik. Faiz lahir pada bulan Februari, jadi dia sebagai along manalaka Naim sebagai adik kerana lahir pada bulan Disember. Ramai yang mencemburui ikatan ‘persaudaraan’ kami kerana kami bagaikan adik-beradik kandung. Mungkin paras rupa agak kami berbeza (aku lebih handsome rasanya) tetapi kami memang ‘satu kepala’. Apabila tiba waktu rehat, kami akan bersama-sama ke kantin dan berkongsi duit untuk membeli keropok lekor. Selepas itu kami akan duduk melepak di ruangan belakang tangga yang juga menjadi tempat melepak para pengawas. Macam-macam perkara yang kami sembangkan. Ada yang berbincang tentang pelajaran, masalah masing-masing dan tidak kurang juga mengenai permainan komputer terbaru dan perempuan. Gatal-gatal semuanya. Tamat sahaja sesi persekolahan, kami pulang bersama-bersama. Antara tempat yang menjadi kawasan ’rehat dan rawat’ kami adalah Kedai Opah. Aiskrim Milo menjadi rebutan kami berlima. Kadang-kadang, kami semua tidak dapat merasa kerana sudah kehabisan. Jika ada duit lebih, kami akan singgah di kedai ais kacang. Dari jauh lagi ibu kepada rakan sekelas kami juga, Fahanim, sudah mengetahui kehadiran kami.

“Mak cik, ais kepal satu, nak yang...”
“Oren, mak cik tau dah kamu tu.”
”Wah, hebatlah mak cik ni”

Ceria. Hormat. Ramah. Itulah kami.

Sewaktu di darjah enam, aku di lantik sebagai ketua pelajar. Sebagai ketua pelajar, aku mestilah berdisiplin dan mendisiplinkan pelajar-pelajar lain. Walaupun aku agak tegas mengenai peraturan dan disiplin, ia tidak sekalipun mengganggu ukhwah kami berlima. Mereka faham akan tugas aku yang kadang-kala memaksa aku untuk tidak bertolak-ansur dalam beberapa perkara. Kami juga menyimpan hasrat untuk mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Aku, Faiz, Ayin, Hakimi dan Naim selalu menghabiskan masa hujung minggu di Perpustakaan Tun Razak. Fahanim, Shazatun, Farhana dan Aisyah (rakan sekelas) juga sering kali menyertai kami di perpustakaan. Walaupun begitu, tidak banyak masa yang kami luangkan untuk menelaah pelajaran. Kami lebih rancak bersembang dan apabila sudah lapar, kami berjalan kaki merentasi Padang Ipoh menuju ke pusat bandar. Setelah makan di Medan Selera Dato’ Tahwil Azhar, kami akan menggunakan kesempatan yang ada untuk meronda-ronda di kawasan sekitar. Antara tempat kegemaran kami iaitu Super Kinta, Ipoh Parade, Ocean, dan Yik Foong. Seronok dapat keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan terutama sekali dengan Shazatun (rakan sekelas yang aku minati).

Alam persekolahan sangat menyeronokkan. Tidak banyak perkara yang membebankan otakku. Walau bagaimanapun, seiring dengan usiaku, lebih besar tanggungjawab dan cabaran yang perlu aku tempuhi. Berbekal 5A di tangan, aku melangkah ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, sebuah sekolah berasrama penuh yang menjadi idaman setiap pelajar dan sekolah impian para ibu bapa untuk anak-anak mereka. Faiz, Ayin, Hakimi, dan Naim tidak lagi bersama aku meneruskan perjalanan hidup. Mereka meneruskan pelajaran di sekolah biasa. Mungkin ini satu pengorbanan yang perlu aku lakukan bagi mengejar cita-citaku. Aku hanya berpeluang untuk berjumpa dengan mereka apabila aku pulang bercuti di rumah. Itupun sekadar sempat berjumpa di masjid sebelum menunaikan Solat Jumaat. Bertanya khabar dan berkongsi cerita terbaru masing-masing. Perkembangan dalam pelajaran dan sebagainya. Namun ia bukan penghujung persahabatan kami.

Saat gembira tertawa,
Saat berduka kita sama-sama,
Duduk bermuram durja,
Kita saling memerlukan,
Mengerati satu ikatan,
Itulah erti persahabatan.

Ada kalanya, terkasar bahasa,
Tapi kita saling memaafinya,
Pahit manis, kecapi bersama,
Bersatu hadapi segala,

Bersamalah teman kita hargai,
Mahkota suci,
Bersamalah teman kita harungi,
Istana hati persahabatan.

Berkekalanlah, hendaknya,
Kemesraan diantara kita,
Seandainya, tak lagi bersama,
Semat kenangan mengusik jiwa.

Erti Persahabatan-Metallian

Tanpa aku sedari, air mataku menitis membasahi pipi gebuku ini disaat keluargaku menerima panggilan daripada keluarga Izzat yang mengatakan bahawa Hazim telah pun kembali ke rahmatullah disebabkan oleh penyakit jantung berlubang. Innalilahi wainnailaihiraji’un. Ketika kali terakhir aku menemuinya, dia nampak sihat dan ceria. Semakin comel dan sangat mesra. Kelakarnya semakin menjadi-jadi. Tidak sangka, dia pergi dahulu sebelum aku. Mungkin Allah lebih menyayanginya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, al-Fatihah.


One, two, three...
Gemersik tiupan serulingku memecah sunyi di dewan keramat Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Diikuti hentaman dram, bersemangat dan padu. Begitulah suasananya apabila pasukan wind orchestra mula melakukan latihan pada waktu kelas persediaan (prep). Pelbagai lagu dimainkan dengan harmoni dan berseni. Antares, Defying Gravity, Oh Carol, Gunung Kinabalu, Cindai, Tanah Pusaka dan bermacam-macam lagi. Ia menjadi halwa telingaku sejak awal penyertaan aku ke dalam pasukan ini. Rutin hidupku di asrama tidak banyak berubah. Kelas di waktu pagi, seterusnya prep petang atau latihan formasi pancaragam, latihan bola keranjang, prep malam atau latihan wind orchestra. Walaupun aktiviti harian aku agak memenatkan dan tidak ada banyak waktu untuk aku membuat kerja rumah apatah lagi mengulang kaji pelajaran, namun aku tetap mampu mencuri masa bagi menguruskan diriku dan menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah. Di sini juga, pelbagai pengalaman baru yang aku peroleh sepanjang 5 tahun aku bergelar STARian. Kenangan yang sukar untuk aku lupakan. Abang Adam, Muja, Cikgu Shahnun, pasukan bola keranjang, pasukan orkestra, pelajar-pelajar tingkatan 2 rumah biru (2007), dan pastinya LEOnairats (STARian 037).
Adam Effendy, ketua pelajar tahun 2004 yang telah ’menjaga’ aku sejak aku mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah keramat ini. Mengajar aku supaya lebih berdikari dan berusaha dalam pelajaran. Seterusnya, Ahmad Mujahid Husni, seorang pelajar biasa yang banyak memberi inspirasi dalam hidupku. Kebetulan kami berdua sama-sama dalam pasukan orkestra, jadi keraplah kami berjumpa dan bersembang. Cikgu Shahnun juga banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidupku. Seorang cikgu yang sangat berdedikasi dan komited dengan tugas. Beliau juga banyak membantu aku dan pelajar yang lain dalam permasalahan kami. Beliau juga yang telah memperkenalkan aku dengan permainan bowling. Selain itu, pasukan bola keranjang yang aku mula sertai pada 2007 telah menggilap bakat aku dalam sukan itu. Dahulunya hanya sekadar permainan di waktu riadah, namun, akhirnya ia membawa aku hingga ke Kota Tinggi, Johor bagi menyertai pertandingan bola keranjang sempena Hari Kecermelangan Sekolah Berasrama Penuh peringkat kebangsaan. Walaupun tidak banyak menempah kejayaan, tapi keserasian kami sepasukan menjadi contoh kepada pasukan-pasukan yang lain.

Di penghujung perjalanan aku di bumi STAR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menanti. Pada waktu itu, satu lagi persahabatan yang sudah lama bersemi menjadi semakin utuh dan kukuh. Bersahabat sejak tingkatan satu, tetapi hanya di penghujung kami menjalin ikatan. TC Crew (Taman Cempaka Crew) ataupun selepas penamaan semula, Semua Tentang Kita (STK), tertubuh atas satu dasar persefahaman dan kekeluargaan. Udin, Aizat, Muhyi, Muz, Faris, Nassier, Hadi (shrek), Hadi (nyah), Nueq, dan aku bersatu atas satu nama, STK. Kami semua menetap di bilik yang sama kecuali sebahagian daripada kami yang mempunyai tugas di tempat lain. Namun, kami sering berkumpul dan lepak bersama di bilik aku ataupun sudah menjadi ’markas’ kami. Keadaan tempat itu mengikut mood kami. Kadang-kadang kemas mengalahkan hotel 5 bintang, tetapi selalunya, mengalahkan tempat kucing beranak! Walaupun begitu, satu perkara yang kami sentiasa kami amalkan iaitu, ”Happy go lucky!” tak kira waktu susah dan senang. Setiap masalah pasti ada penyelesaian dan kami akan cuba untuk selesaikan bersama.

Antara memori-memori manis aku bersama STK adalah semasa minggu SPM, kami sekumpulan tidur diatas turf (untuk permainan kriket) di tengah-tengah padang yang menghijau luas. Sepanjang malam itu, kami berkongsi cerita masing-masing dan bergurau-senda. Aku menceritakan tentang kisah cintaku dengan bekas kekasihku, Shazatun. Ada juga yang menceritakan pengalaman sejak hari pertama dia mendaftar sebagai seorang pelajar STAR sehinggalah kami semua terdampar ditengah padang waktu itu. Kami perhatikan bulan merentasi langit sepanjang kami bercerita. Menyanyi, ketawa, sehinggalah kami semua terus tidur disitu walaupun keadaan tidak selesa dan diganggu sang nyamuk. Selain itu, sewaktu selepas SPM berakhir, kami beramai-ramai berkelah di Ulu Chepor. Itu adalah idea aku dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat hebat walaupun penat melawan arus sungai. Bibir yang kecut dek kesejukan air Sungai Chepor tidak lekang menyimpul senyuman kegembiraan dan kepuasan walaupun bayaran teksi agak mahal. Nasib baiklah sewaktu kami pulang, kami mendapat durian runtuh lebihan duit yuran dan tambang balik kampung yang terakhir kami terima. Bagi aku yang berasal daripada Ipoh sahaja, hanya mendapat RM5. Walau hanya RM5, McDonald’s tetap menjadi santapan tengah hari kami. Ia adalah hari yang sangat menggembirakan walaupun ianya hari terakhir kami akan bersama sebagai seorang pelajar yang bergelar STARian. Malam Jasamu Dikenang menjadi penutup perjalanan kami di bumi STAR dan satu permulaan kepada perjalanan yang penuh liku dan halangan yang bakal kami tempuhi selagi nyawa di kandung badan. Perpisahan seorang demi seorang meragut hatiku walaupun aku sudah bertekad untuk tidak akan menitiskan air mata. Tapi air jernih itu semakin sukar dikawal di saat rakan-rakanku memeluk erat tubuhku memohon seribu kemaafan dan mendoakan kejayaan masing-masing. Bukan kerana banyak dosaku padanya, tetapi mungkin kerana banyak perkara yang belum sempat aku lakukan bersama mereka. Di saat persahabatan mekar berbunga, di saat itulah ia dipetik perpisahan yang menyakitkan. Kalaulah aku mampu undurkan masa dan ulangi saat-saat indah dahulu, pasti aku hargainya seperti aku menghargai nyawaku. Bagi aku, ia bukan satu halangan untuk aku terus mengotakan azamku.

Waktu terasa semakin berlalu,
Tinggalkan cerita tentang kita,
Akan tiada lagi kini tawamu,
Tuk hapuskan semua sepi di hati.

Ada cerita tentang aku dan dia,
Dan kita bersama saat dulu kala,
Ada cerita tentang masa yang indah,
Saat kita berduka saat kita tertawa.

Teringat disaat kita tertawa bersama,
Ceritakan semua tentang kita.
Semua Tentang Kita-Peter Pan

Ichi, nii, san...

Sejernih embun di dedaunan hijau yang menyegar bumi ciptaan-Nya, begitulah jua dihatiku disaat memilih untuk meneruskan perlayaran yang tidak bertepi ini. Suci dan bersih. Bersemangat nan padu. Pilihan yang sukar untuk dibuat dan bakal menjadi kompas perlayaran hidupku seterusnya. Aku terpaksa menolak tawaran Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semata-mata ingin mengejar cita-citaku yang setinggi kejora diangkasa. Ia bukanlah satu angan-angan Pak Pandir atau mimpiku disiang hari. Walau ramai orang disekelilingku yang meragui kemampuan aku untuk mencapai cita-citaku ini termasuk ahli keluargaku, namun ia menjadi satu dorongan dan cabaran kepadaku supaya aku akan berusaha dengan lebih tekun dan gigih. Kolej Matrikulasi Kedah (KMK), Changlun bakal menjadi saksi lahirnya seorang doktor pakar bedah dari Kampung Sri Kinta.
Persahabatan terus dijalin sewaktu aku di matrikulasi. Doa pertama sewaktu aku memilih untuk meneruskan perjalanan hidupku di matrikulasi adalah moga-moga aku mendapat rakan sebilik yang sesuai dan tidak memberikan aku sebarang masalah. Alhamdulillah, nampaknya doaku makbul. Aku ditemani seorang bekas pelajar sekolah teknik yang berasal dari Kelantan. Dia sangat minat dalam bidang teknologi dan elektronik. Maklumlah, bekas pelajar sekolah teknikal. Namun, loghat Kelantannya kadang-kala menimbulkan sedikit masalah dalam komunikasi kami. Seterusnya, teman sebilik aku yang kedua adalah bekas pelajar sekolah menengah swasta terkenal di Melaka. Dia berasal dari Sungai Petani, Kedah, walaupun gayanya seperti berasal dari Kuala Lumpur. Aku senang berkawan dengannya kerana dialeknya yang mudah difahami dan sedikit sebanyak mempunyai minat yang sama seperti aku. Pada awal persahabatan kami, kami sering berjalan-jalan dan meronda-ronda di sekitar KMK pada malam Jumaat dan berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing di sekolah yang agak berbeza. Sehinggakan ada yang mengatakan kami seperti “adik” dan “abang”. Teman sebilikku yang ketiga adalah bekas pelajar Program Dua Tahun (PDT) yang berasal dari Jitra, tidak jauh daripada Changlun. Dia sangat peramah, mesra dan pandai bergaul. Mungkin kerana itulah yang menyebabkan pintu bilikku ini sering kali diketuk oleh rakan-rakannya. Secara keseluruhannya, aku sangat bersyukur kerana mempunyai rakan sebilik yang seperti mereka walaupun kadang-kala membawa masalah kepada aku. Kalau nak dibandingkan dengan rakan sebilik pelajar lain yang jauh lebih teruk daripada itu. Sehinggakan ada yang tidak pernah bertegur sapa antara satu sama lain.

Komuniti rakanku di KMK tidak terhenti di situ sahaja, aku terus melebarkan pengaruh rakanku dengan orang lain. Aku mempunyai pengaruh yang agak ramai di KMK. Ada yang mengatakan bahawa aku adalah Troy Bolton (watak yang dilakonkan oleh Zack Efron) KMK seperti dalam filem High School Musical. Aku segan untuk mengakuinya, tetapi semenjak aku menonton filem itu buat kali pertama dahulu, aku sudah merasakan bahawa aku mempunyai persamaan dengan karakternya dalam beberapa perkara. Kami kedua-duanya meminati dan berkebolehan dalam sukan bola keranjang dan dalam bidang muzik. Walau bagaimanapun, suara aku tidaklah selunak suaranya. Aku hanya gemar menyanyi dan memberi komen tentang nyanyian orang lain.

Semasa di KMK, sekali lagi aku mempunyai kumpulan rakan yang memberi impak besar kepada aktiviti harian aku di KMK. Mereka sangat mudah bekerjasama dan sentiasa nasihat menasihati antara satu sama lain dengan cara yang tertentu dan berhemah. Walaupun kadang-kadang agak ’pedas’ dan ada yang terasa hati, tetapi kami menerimanya dari sisi positif. Semenjak aku semakin rapat bergaul dengan mereka, semakin dekat diriku dengan jalan yang benar, siratal mustaqim. Kakiku semakin kerap melangkah ke masjid dan sujud kepada-Nya. Maksudku, bukanlah dahulu aku jarang menunaikan kewajipan yang telah disyariatkan-Nya, tetapi kini amalanku semakin berkualiti. Tidak lagi hanya menunaikannya sekadar seperti melepaskan batuk di tangga, malah aku semakin kerap menggunakan anugerah suaraku ini melirik ayat-ayat suci al-Quran. Alhamdulillah. Mereka hanya manusia biasa yang telah merubah hidupku. Moga-moga ia kekal sebagai sebahagian daripada hidupku hingga akhir hayatku.

Antara aktiviti-aktiviti menarik bersama mereka adalah bermain bola tampar pada setiap petang. Selagi kami dapat meminjam bola tampar daripada stor sukan KMK, kami pasti akan meneruskan aktiviti yang menjadi rutin harian kami selain daripada mengikuti kelas tutorial dan kuliah seperti biasa. Selain itu, berkumpul di kafe untuk makan malam bersama-sama telah menjadi kebiasaan. Suasana di kafe pasti akan diriuhkan dengan gelak tawa dan jenaka. Kami juga sering membincangkan tentang perkara-perkara yang disiarkan di kaca televisyen. Seronok rasanya dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan yang lain mengenai sesuatu perkara. Idea-idea menarik yang melampaui batas pemikiran remaja seperti kami sentiasa diuar-uarkan. Kami prihatin, bukan hanya tin kosong.

Persahabatan kami menjadi semakin utuh apabila kami bersama-sama menyertai rombongan ke Terengganu yang dikelolakan oleh AJK kelasku pada semester pertama. Walaupun mengalami sedikit pertukaran program, tetapi ia tetap menjadi satu lawatan yang akan aku kenang selalu. Bukan hanya kerana itu kali pertama aku melancong ke bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, tetapi juga kerana suasana rombongan yang tidak pernah sunyi dengan hilai tawa dan senyuman yang sentiasa terukir walaupun kepenatan menjadikan ia satu kenangan yang indah. Rombongan yang diadakan selama tiga hari dua malam itu telah menyatukan semula aku dan rakan sekelas aku di semester pertama dan beberapa orang lagi rakan yang tidak asing lagi dalam hidupku. Selain itu, kami juga sama-sama menyertai pertandingan nasyid yang diadakan bersempena dengan Hari Kokurikulum KMK. Persediaan telah dibuat tiga minggu sebelum hari pertandingan. Kami menyanyikan lagu Damai Yang Hilang yang dipopularkan oleh kumpulan Nowseeheart. Ia juga bersempena dengan kemusnahan dan kehancuran yang telah dilakukan oleh Yahudi laknatullah. Aku menyumbang suara bagi bahagian base dan ada juga bahagian yang aku perlu menyanyikannya dengan suara mendatar dan ada juga bahagian yang memerlukan aku untuk memaksa tekakku memperhebat getarannya. Walaupun kami tidak berjaya memenangi pertandingan itu, namun kami berpuas hati kerana kami telah dijemput untuk membuat persembahan di satu majlis yang lain. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Selain itu aku gemar bergaul dengan sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, warna kulit, dan fizikal. Penglibatan aku dalam sukan bola keranjang dan juga Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) banyak membantu aku memperluas komuniti rakan-rakanku. Mungkin air muka aku yang agak peramah dan senang menyesuaikan diri memudahkan lagi aku berkenal-kenalan. Sahabat-sahabat H2P5 pada semester pertama dan H1P2 pada semester kedua ini juga banyak mengajar aku erti persahabatan yang sebenar. Walaupun terdapat sedikit perselisihan faham, tetapi ia tidak pun sesekali merobohkan ukhwah yang tersimpul rapi ini.


Ingin aku singkap kembali,
Kenangan lama agar bersemi,
Inginku ulangi kisah manis,
Agar terus bersemadi.

Ingatlah aku sebagai rakanmu,
Kenanglah daku dalam doamu,
Begitu indahnya kisah dahulu,
Engkau sebagai temanku.

Apabila engkau terjaga,
Satukanlah harapanku denganmu,
Kerana ianya bakal berpadu,
Mimpi si penunggu yang setia.

Layarkanlah impian doamu,
Sesungguhnya aku masih mengingatimu,
Sebagai kawan, rakan dan teman,
Semoga kita diberkati Allah.

Ku doakan (ya Allah),
Kepada-Mu (ya Allah),
Agar kau bahagia,
Di dunia dan akhirat.

Sahabat-Amar


Akhirul kalam...

Sesungguhnya mempunyai sahabat dan menjadi seorang sahabat itu adalah sesuatu yang sangat indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Kisah persahabatan aku tidak terhenti sampai disini sahaja. Mungkin berjuta-juta lagi yang bakal kutemui sekiranya umurku masih panjang. Pernah sekali rakanku bertanya;

”Kita kawan disini, adakah di Mahsyar nanti kau masih mahu berkawan dengan aku?”

Terdiam aku sejenak memikirkannya, lalu aku menjawab;

”Seandainya hayatku berakhir disini, simpanlah kenangan kita bersama dalam ingatan. Seandainya pernah kata-kata aku mengguris hati kecilmu, ampunkan daku. Seandainya perilaku kasarku pernah menyakiti tubuhmu, maafkanlah aku. Seandainya ada antara secebis daging ditubuhku ini dari titik peluhmu, ku mohon halalkannya. Seandainya aku pergi dahulu, janganlah kau bersedih dan menangis, redhai pemergianku dan sampaikan salam akhirku kepada semua yang mengenaliku.”

Dan aku mengangguk.
Kisah percintaan aku dan dia…

Cinta Monyet

Semuanya start waktu aku kene tukar sekolah dari Pengkalan Pegoh ke Pasir Puteh. Time tu aku br nak masuk darjah dua. Masuk-masuk je sekolah tu terus kene masuk kelas yang last sekali, kelas 2R. Rasenye ade tiga orang budak baru dalam tu, aku, Saidatina Farhana @ Tina, dan Muhd Nazrin @ Ayin. Budak-budak yang lain semua memang student asal kat sekolah tu. Diorang semua agak nakal sikit la, tapi aku tak kisah pun. Aku bukan join diorang sangat pun, aku buat hal sendiri je. Waktu tu aku pun tak kenal dia lagi. Lain-lain kelas. Bile dah hujung tahun 1998 tu, aku dapat nombor 2 dalam kelas. So dapat la hadiah waku majlis anugerah kat sekolah. Dengan result aku tu, dapat la aku masuk kelas 3K. Kelas pertama tu. Yang bestnye, same kelas dengan die! Time tu la baru aku kenal name die and rupe-rupenye, die ni anak sedara cikgu kat situ. So, cukup-cukup la aku cerita tentang saat pertama kitorang kenal.

Kitorang dulu selalu kene gosip same-same. Banyak jugak sweet sour things yang saya dan die lalui. Antaranya, waktu kitorang kelas 5K kot. Kalau tak silap la. Ketua kelas kitorang namenye Nabil. Die ni is one of my best friend waktu darjah 3 dan 4. Die ni baik sangat, selalu belanja kitorang bile balik sekolah and stop kat kedai Opah. Sebab tu la kitorang pilih die jadi ketua kelas. Then, tetiba die jadi pelik sangat. Kitorang pun tak paham. Bile die kene jage kelas time cikgu takde, kitorang semua tak boleh cakap langsung. Siapa yang bukak suara, terus kene hentam dengan pembaris kayu panjang kat belakang tengkuk. Kejam giler. Sampai satu mase, aku pun naik tak tahan, so aku pergi report kat penolong kanan. Since tu, die kene lucut. Then aku yang naik ganti die. Chewah, kire macam ambil alih kuasa la pulak. Since tu gak la kepimpinan kau makin teserlah. Wah-wah, semangat lain macam la pulak. Tu yang masam, yang sweet ade gak. Banyak la yang sweet, tapi yang nie memang my personnel favourite. Time tu kitorang yang semakin hot kene gosip ni tibe-tibe ade orang ketiga, Nabil. Lagi. Eh-eh, macam tak sure pulak yang nie sweet or sour tapi best la. Sebab ade orang ketiga, aku try nak bagitau perasaan aku yang sebenar kat die. Aku pun tak tau nak cakap macam mane kat die. So aku try cari nombor telefon rumah die. Kebetulan pulak ade tampal biodata ringkas prefects kat notice board, so aku ambik je la. Bile aku balik rumah, aku call la die;

Yu; hello, boleh cakap dengan Atun?
Atun; ha, ni Atun cakap, siapa ni?
Yu; oh, ni Yu. Aku dapat nombor ni kat notice board.
Atun; hurm..kenape? nak ape?
Yu; aku sebenarnya nak tanya, betul ke kau suke kat Nabil?
Atun; sape cakap kat kau? Aku tak suke kat sesape pun.
Yu; ooo..takpela..sebenarnte aku nak bagitau kat kau ayng aku memang suke kat kau. Aku suke kat kau since last year(1999) lagi, tapi aku segan nak bagitau. Tapi aku tak kisah kalau kau tak suke kat aku, aku tak paksa. Ok la, tu je..$
Atun; ..........k.........
Yu; ok, bye.

Can you believe that? Aku yang baru 12 tahun dah call perempuan then cakap macam tu. Kalau budak-budak sekarang nie takdela pelik sangat sebab zaman berubah. Tapi time tu 1999, belum masuk millenium lagi! Since tu die macam kekok sikit nak cakap-cakap dengan aku. Walau apepun, aku rase sangat lega sebab aku dah luahkan ape yang aku rase. Ringsn sikit kepala otak nie. Lama-lama, kitorang jadi biasa semula. Bila dah dekat dengan UPSR, aku dan die terpilih untuk pergi kem kemahiran menjawab soalan. Kitorang berdua je untuk satu sekolah tu. Kem tu dari pagi sampai la petang. So kitorang adalah orang terakhir yang balik dari sekolah hari tu. Aku dan die balik same-same berdua je naik basikal. Berdua je, tapi basikal lain-lain la. Seronok dapat sembang-sembang dengan die on the way balik tu. Ade juagak terserempak dengan kawan-kawan, so ape lagi, kene gosip je la. By end of my primary school, alhamdulillah aku the one and only lelaki yang dapat 5A sekali dengan tiga perempuan lain. Aku memamg takut jugak kalau-kalau aku tak dapat 5A sebab aku kan ketua pelajar. Hahaha..jage reputasi lagak kan. Die pu dapat 5A juagk same-same dengan Nur Farhanim and Nur Syahida.

Aku dapat masuk STAR (one kind of asrama penuh la), Farhanim dapat Bainun(one kind of asrama harian la), Syahidah tu tak tau la ape cite, then die dapat SERATAS (another asrama penuh). Lepas tu aku macam lost contact dengan die. Tak tau macam mane nak keep in youch dengan die. Then, last-last, waktu tingkat 2, aku dapat alamat sekolah die. First time aku nak hantar surat kat orang. Surat aku yang first tu ade lukisan ikan jerung kat tengah-tengah die. Aku bajet surat tu tak sampai sebab die lambat reply, tapi akhirnye, die reply jugak. Die cakap likisan jerung tu comel and die suke aku punye intro yang panjang berjela. Dalam surat tu jugak aku ade tanye samada die still ade hubungan dengan nabil tu, so, bile die reply, die agak marah gak la sebab aku still tanye bende yang remeh-temeh tu. Siap tulis gune pen merah lagi tu, even tulisan die tak la lawa sangat. Huhu. Lepas tu kitorang selalu jugak contact tapi just dalam surat je la. Handphone pun susah nak dapat lagi.

Aku selalu anta soalan-soalan kat die..kononnya mcm intelektual sket la..tp tu just mcm sampingan je..skali dengan soalan tu ade gak aku bg surat tny kabar die. Die cakap prefects kat sekolah die selalu bace surat student. Kire mcm tapis la. Naseb baek la die x kantoi. Ade hikmah tu kot. Jodoh agaknye. Hahahahah!!!!. Tapi ade gak kad raye yang die anta kat umah aku yang hamper-hampir kantoi dengan parents aku. Ade plak g letak surat dari[ada kak ngah. Mak aku ingat surat untuk kakak aku. Hahaha. Aku pun xtau ape diorg respons, seingat aku takde plak diorang tany aku ape-ape psal surat tu. Actually kad raye.

Before kitorang start kapel btol-btol, selain drpd anta surat kat sekolah die, ble cuti je aku selalu kol umah die je. Dah hafal siot num phone die. Tapi die cakap jangan kol die selalu sgt. Parents die agak protective sket...yela banyak. Kadang-kadang ble dengar yang mak die angkat phone or ayah die, aku terus letak je...takut sioot.kang tak pasal-pasal dapat moral story free-free je. Klu adek-beradek die angkat takpe lagi. Diorg kenal gak aku. Aku siap penah men mercun n bunga api sesame lagi tu depan umah die. Huhuhuhu...jgn jeles. Sekampung la katekan.