Thursday, March 19, 2009

yg ni plak lebih kurg mcm cerpen kat bwh nie...just ayat die lebih selamba, direct, hampeh dan agak kurang akar sket...

bukan x takut kuarkan bende camni..

tp kepada sesapa yg terbace dan rase mcm ade kaitan..

aku minta maaf byk2...

anggaplah tu sebagai bahan bacaan biasa dan tiada kene mengena dengan sesapa pun...

sekali lagi...AMPUN!!!



Hidup ini punyai macam-macam perkara yang pelik. Tapi, tanpa perkara-perkara pelik begini, mungkin hidup tak seindah ini. Pelbagai perkara yang aku lalui dan aku tempuhi menuju satu destinasi yang aku sendiri tidak ketahui. Mungkin akan membawa aku ke jalan yang betul ataupun yang songsang. Moga-moga yang siratal mustaqim. Azam aku tak pernah berubah sejak dari dahulu lagi. Ingin meramaikan bilangan kawan-kawan aku. Kadang-kala aku boleh dikira berjaya, tapi kadang-kala aku merasa sedikit gagal kerana aku sering kali melupakan kawan-kawan lama aku. Mungkin alasan sibuk dengan kerja dan aktiviti harian agak utuh tapi ia rapuh. Hubungan aku dengan ”adik-beradik” aku dari sekolah rendah dulu pun dah semakin kabur. Ke mana ”along”, ”alang”, ”usu” dan lain-lain pun aku tidak tahu. Pernah aku berusaha untuk menyatukan semula ”adik-beradik” aku, tapi usaha aku agak sia-sia. Kebanyakan mereka sibuk dengan rutin masing-masing. Jika dulu, pantang diajak keluar ke pekan, semua pasti setuju tanpa berfikir panjang. Tapi sekarang, macam-macam alasan yang diberi. Terutama sewaktu selepas SPM dahulu, ada yang kerja, ada yang pergi kelas memandu dan sebagainya. Termasuklah aku sekali. Kalau dulu, sekurang-kurangnya mesti akan berjumpa di masjid sewaktu sebelum sembahyang Jumaat, tapi, makin lama, makin jarang dapat bertemu. Kalau bernasib baik sekali pun hanya sempat bersalam dan bertanya khabar sebentar sebelum masing-masing membuka langkah sendiri. Mungkin juga kerana mereka agak segan untuk berkawan dengan aku yang kononnya jauh lebih pandai berbanding mereka, tapi aku hanya seorang budak Kampung Sri Kinta biasa seperti orang lain. Ilmu di dada memang membezakan taraf seseorang tapi ia tak seharusnya terus menghancurkan persahabatan yang terjalin rapi. Seandainya aku diberi peluang untuk menyatukan semula semua ”adik-beradik” aku dahulu, pastinya sesuatu yang sangat berharga. Bukan sekadar berjumpa, berkongsi cerita dan pengalaman. Pasti pelbagai pahit maung yang di lalui setiap daripada kami menjadikan kami semakin matang dalam menempuh kehidupan ini. Aku sendiri pun ada bermacam-macam cerita yang ingin dikongsi. Tak habis satu malam kalau nak diceritakan.

Saat gembira tertawa,
Saat berduka kita sama-sama,
Duduk bermuram durja,
Kita saling memerlukan,
Mengerati satu ikatan,
Itulah erti persahabatan.

Ada kalanya, terkasar bahasa,
Tapi kita saling memaafinya,
Pahit manis, kecapi bersama,
Bersatu hadapi segala,

Bersamalah teman kita hargai,
Mahkota suci,
Bersamalah teman kita harungi,
Istana erti persahatan.


Berkekalanlah, hendaknya,
Kemesraan diantara kita,
Seandainya, tak lagi bersama,
Semat kenangan mengusik jiwa.


Walau bagaimanapun, sewaktu aku di sekolah menengah atau di asrama penuh, aku sendiri punyai pelbagai pengalaman menarik. Abang angkat, adik angkat, bola keranjang, wind orchestra, marching band, Ocy Faizis, TC Crew@STK(selepas penjenamaan semula) dan macam-macam lagi. Kumpulan STK atau Semua Tentang Kita ini dah lama berjumpa dan akrab tetapi hanya sewaktu kami di tingkatan 5 dan hampir-hampir akhir tahun kami menubuhkan kumpulan ini. Bukan untuk mengehadkan komuniti kawan-kawan kami tetapi sebagai satu tanda dan ikatan yang mengukuhkan kami semua. Ahli kumpulan kami terdiri daripada pelbagai golongan dan latar belakang hidup dan minat. Kebanyakkan daripada kami mempunyai ’jambu’ atau adik angkat masing-masing kecuali aku. Aku bukannya tiada adik angkat, tetapi tidaklah secara terang-terangan seperti kawan-kawanku yang lain. Hanya aku rapat dengannya kerana kami sama-sama dalam kumpulan orkestra dan marching band. Secara jujurnya, aku tidaklah rapat mana dengan adik angakat aku itu, tapi dia dan aku tahu yang kami ada hubungan yang agak berbeza berbanding aku atau dia dengan orang lain. Bukan hubungan sejenis! Berbalik kepada cerita aku dan STK, kami semua menetap di bilik yang sama kecuali sebahagian daripada kami yang mempunyai tugas lain di tempat lain. Kami sering berkumpul dan lepak bersama di bilik aku ataupun sudah menjadi ’markas’ kami. Keadaan tempat itu mengikut ’mood’ kami. Kadang-kadang kemas mengalahkan hotel 5 bintang, tapi, selalunya, mengalahkan tempat kicing beranak! Walaupun begitu, satu perkara yang kami sentiasa kami amalkan iaitu, ”HAPPY GO LIUCKY!” tak kira waktu susah dan senang. Setiap masalah pasti ada penyelesaian dan kami akan cuba untuk selesaikan bersama. Antara memori-memori manis aku bersama STK adalah semasa minggu SPM, kami sekumpulan tidur diatas ’turf’ di tengah-tengah padang sekolah. Sepanjang malam itu, kami berkongsi cerita masing-masing dan bergurau-senda. Aku menceritakan tentang kisah cintaku dengan bekas kekasihku. Ada juga yang menceritakan tentang dari hari pertama dia mendaftar sebagai seorang STARIAN sehinggalah kami semua terdampar ditengah padang waktu itu. Kami menyanyi, ketawa, sehinggalah kami semua terus tidur disitu walaupun keadaan tidak berapa selesa dan diganggu sang nyamuk. Kami perhatikan bulan merentasi langit sepanjang kami bercerita. Selian itu, sewaktu selepas SPM tamat, kami juga beramai-ramai telah berkelah di Ulu Chepor. Itu adalah ideaku dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat hebat walaupun penat melawan arus sungai. Bibir kami tak lekang daripada mengukir senyuman kegembiraan dan kepuasan walaupun bayaran teksi agak mahal. Nasib baiklah sewaktu kami pulang, kami mendapat durian runtuh lebihan duit yuran dan tambang balik kampung yang terakhir kami terima. Bagi aku yang berasal daripada Ipoh sahaja, hanya mendapat RM5. Walaupun begitu, lepas juga aku makan tengah hari dengan Mcdonald’s. Ia satu hari yang sangat menggembirakan walaupun ianya hari terakhir kami akan bersama sebagai seorang pelajar yang bergelar STARIAN. Malam jasamu dikenang menjadi penutup perjalanan kami di bumi STAR dan satu permulaan kepada perjalanan yang penuh liku dan halanagan yang bakal kami tempuhi selagi nyawa di kandung badan. Perpisahan seorang demi seorang meragut hatiku walaupun aku dah bertekad tidak akan menitiskan air mata. Tapi air jernih itu semakin sukar dikawal di saat rakan-rakanku memeluk erat tubuhku memohon seribu kemaafan dan mendoakan kejayaan masing-masing. Bukan kerana banyak dosaku padanya, tapi mungkin kerana banyak perkara yang belum sempat aku lakukan bersama mereka. Di saat persahabatan mekar berbunga, di saat itulah ia dipetik perpisahan yang menyakitkan. Kalau aku mampu undurkan masa dan mengulangi saat-saat indah dulu, pasti aku hargainya seperti aku menghargai nyawaku. Bagi aku, ia bukan satu halangan untuk aku terus mengkotakan azamku.

Waktu terasa semakin berlalu,
Tinggalkan cerita tentang kita,
Akan tiada lagi kini tawamu,
Tuk hapuskan semua sepi di hati.

Ada cerita tenteng aku dan dia,
Dan kita bersama saat dulu kala,
Ada cerita tentang masa yang indah,
Saat kita berduka saat kita tertawa.

Teringat disaat kita tertawa bersama,
Ceritakan semua tentang kita.


Persahabatan terus dijalin sewaktu aku di matrikulasi. Doa pertama sewaktu aku memilih untuk meneruskan perjalanan hidupku di matrikulasi adalah moga-moga aku mendapat rakan sebilik yang sesuai dan tidak memberikan aku sebarang masalah. Alhamdulillah, nampaknya doaku makbul. Aku ditemani seorang bekas pelajar sekolah teknik yang berasal dari Kelantan. Dia ini sangat minat dalam teknologi dan bidang yang sewaktu dengannya. Maklumlah, pelajar teknik. Dia ni juga mempuyai perangai yang agak pelik sedikit selain daripada loghat Kelantannya yang kadang-kala menimbulkan masalah dalam komunikasi kami. Kadang-kala perangainya seperti mengada-ada dan mengjengkelkan. Ada juga waktu yang perangainya melampaui batas yang hampir-hampir aku ingin meninggikan suara kepadanya. Tabiatnya yang amat sukar untuk bangun tidur membuatkan aku menjadi serba salah dan geram terutama pada bulan puasa. Puas aku mengejut untuk bangun sahur dan setelah dikejut berkali-kali(tak mampu dikira lagi)sehingga sering kali tidak sempat untuk bersahur. Sudah tentu ia bukan masalah aku sekiranya dia tidak larat untuk berpuasa tetapi reaksi mukanya seolah-olah menyalahkan aku setelah dia terjaga dari tidur tanpa sempat untuk bersahur yang membuat buku lima aku ini seakan ingin hinggap ke mukanya. Selain itu, sifatnya yang suka menunjuk-nunjuk akan kebolehannya dalam bidang teknologi menjadikan aku semakin meluat akannya. Aku tidak kisah sekiranya dia ingin mengajar tapi janganlah memperbodoh-bodohkan orang yang lemah. Menonton filem bersamanya adalah satu perkara yang sangat membosankan. Dia pasti akan menerangkan kepada aku situasi yang berlaku sedangkan perkara itu memang jelas dapat dilihat dan aku memang sedia mengetahuinya. Tak banyak yang dapat aku komen tentang sifat borosnya kerana itu haknya dan aku sendiri juga kadang-kala boros. Harap-haraplah aku tidak akan menjadi seborosnya. Seterusnya, teman sebilik aku yang kedua adalah bekas palajar sekolah menengah swasta terkenal di Melaka. Dia ini berasal dari Sungai Petani walaupun gayanya seperti dari Kuala Lumpur. Aku senang berkawan dengannya kerana dialeknya yang mudah difahami dan sedikit sebanyak mempunyai minat yang sama sepertiku. Cuma kadang-kala, dia ini mementingkan diri. Pada awal persahabatan kami, kami sering berjalan dan meronda sekitar KMK pada malam Jumaat dan berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing di sekolah yang agak berbeza. Sehinggakan ada yang mengatakan kami seperti “adik” dan “abang”. Lama-kelamaan, hubungan kami menjadi semakin rapuh apabila dia mula mengenal kawan-kawan baru yang kononnya lebih sempoi dan stylo, tidaklah seperti aku yang skema dan stereotaip. Walaupun begitu, kami masih kerap bertukar-tukar cerita tentang masalah masing-masing dan aktiviti harian. Satu keburukan si dia ini adalah terlampau mengambil ringan sesuatu perkara. Cubalah anda bayangkan, dia meminjam laptop aku tanpa sekurang-kurangnya menghantar SMS kepada aku yang dia ingin menggunakannya. Mentang-mentanglah aku telah berikan kepadanya kunci lokerku untuk kegunaan waktu kecemasan. Bukannya aku kedekut sangat sampai tidak membenarkan, tapi sekurang-kurangnya aku tahu siapa yang bertanggungjawab sekiranya sesuatu berlaku kepada barang kepunyaan aku yang paling berharga ini. Sudahlah pinjam pun tak minta izin atau beritahu, ditinggalkannya diatas mejaku sepanjang malam sewaktu aku sedang tidur. Kalaulah sesuatu berlaku kepada laptopku pada waktu itu, dialah orang pertama kedua dan ketiga yang aku persalahkan. Seterusnya, teman sebilikku adalah bekas pelajar Program Dua Tahun(x-pdt) yang berasal daripada Jitra, tidak jauh daripada Changlun ini. Dia ini sangat peramah dan pandai bergaul. Mungkin kerana itulah yang menyebabkan pintu bilikku ini sering kali diketuk rakan-rakannya. Aku bagaikan penyambut tetamu di bilik itu. Cuma ada perkara kecil sahaja yang membuat aku kadang-kadang menjadi geram dan panas hati. Sekali lagi kerana laptop ini. Jika dulu, sebelum aku membawa laptop ke KMK, dia boleh belajar macam biasa sahaja dengan hanya mendengar lagu-lagu daripada telefon bimbitnya. Tapi kini, hendak mula belajar pun perlu ada laptop dihadapan dan sambil menonton filem. Itu bukan nak belajar namanya, itu sudah naik lemak. Kalau sekali dua mungkin tidak mendatangkan perasaan geram, tetapi sekiranya sudah terlampau kerap, siapa yang tak naik darah. Nasib baiklah aku masih mampu menahan perasaan yang seperti gunung berapi ini. Aku sendiri ada menonton filem tetapi hanya apabila waktu lapang seperti hujung minggu dan cuti umum. Ada juga pada suatu masa, dia kononnya perlu menonton video bola sepak sebelum turun bermain. Kalau dah sampai tahap begitu maknanya memamng nak makan penyepak(kedua-dua bunyi ‘e’ boleh digunakan). Secara kesimpulannya, aku sangat bersyukur mempunyai rakan sebilik yang sebegitu walaupun sering kali membawa masalah kepada aku. Kalau nak dibandingkan dengan rakan sebilik orang lain yang jauh lebih teruk daripada itu. Sehinggakan ada yang tidak pernah bertegur sapa antara satu sama lain. Komuniti rakanku di KMK tidak terhenti di situ sahaja, aku terus melebarkan pengaruh rakanku dengan orang lain. Aku mempunyai pengaruh yang agak ramai di KMK. Cakap sahaja Yuhairi yang main bola keranjang itu, hampir seluruh KMK mengenaliku. Maklumlah, salah seorang lelaki yang yang paling digilai di KMK. Tapi itu semua itu sewaktu aku aktif bermain bola keranjang dahulu. Hampir berpuluh-puluh pelajar perempuan yang sanggup turun ke gelanggang semata-mata untuk menonton perlawanan persahabatan bola keranjang dan hanya untuk menyokong aku. Ada yang mengatakan bahawa aku adalah Zack Efron KMK seperti dalam filem High School Musical. Aku segan untuk mengaku sebenarnya tapi sejak aku menonton filem tu buat kali pertama dahulu, iaitu filem pertamanya, aku sudah merasakan bahawa aku mempunyai persamaan dengannya dalam beberapa perkara. Kami kedua-duanya minat dan berkebolehan dalam sukan bola keranjang dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik. Walau bagaimanapun, suara aku tidaklah sesedap suaranya. Aku hanya gemar menyanyi dan memberi komen tentang nyanyian orang lain. Semasa di KMK, sekali lagi aku mempunyai kumpulan aku sendiri yang sangat memberi impak besar dalam aktiviti rutin aku di KMK. Mereka sangat mudah bekerjasama dan sentiasa nasihat menasihati antara satu sama lain dengan cara yang tertentu. Walaupun kadang-kadang agak pedas dan terasa hati, tapi aku menerimanya dari sisi positif. Semenjak aku semakin rapat bergaul dengan mereka, semakin dekat diriku dengan jalan yang benar. Kakiku semakin kerap melangkah ke masjid dan sujud kepada-Nya. Maksudku, bukanlah aku dahulu jarang menunaikan kewajipan yang telah disyariatkan-Nya, tapi amalku semakin berkualiti. Tidak lagi hanya menunaikannya sekadar seperti melepaskan batuk di tangga, dan aku semakin kerap menggunakan anugerah suaraku ini melirik ayat-ayat suci al-Quran. Alhamdulillah. Mereka hanya manusia biasa yang telah merubah hidupku. Moga-moga ia kekal sebagai sebahagian daripada hidupku hingga akhir zaman. Antara aktiviti-aktiviti menarik semasa bersama mereka adalah bermain bola tampar setiap petang. Selagi kami dapat meminjam bola tampar daripada stor sukan itu, kami pasti akan meneruskan aktiviti yang menjadi rutin harian kami selain daripada mengikuti kelas dan kuliah seperti biasa. Selain itu, kami pasti akan bertemu lagi di kafe untuk makan malam bersama-sama. Kadang-kala ada diantara kami terpaksa beredar lebih awal kerana urusan lain. Selebihnya, pasti akan meriuhkan suasana di kafe dengan gelak tawa dan jenaka. Kami juga sering membincangkan tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling yang disiarkan di kaca tv. Seronok rasanya dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan yang lain mengenai sesuatu perkara. Idea-idea yang menarik yang melampaui batas umur kami sentiasa dibincangkan. Kami hanya prihatin, bukan seperti tin kosong sahaja. Persahabatan kami menjadi semakin utuh apabila kami bersama-sama menyertai rombongan ke Terengganu yang di kelolakan oleh AJK kelas aku semester pertama. Walaupun mengalami sedikit pertukaran program, tapi ia tetap satu rombongan yang sangat sukar dilupakan. Bukan hanya kerana itu kali pertama aku melancong ke bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, tetapi suasana yang tidak pernah sunyi dengan hilai tawa dan senyuman yang sentiasa terukir walaupun kepenatan. Rombongan yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu telah menyatukan semula aku dan rakan sekelas aku di semester pertama dan 4 orang lagi rakan yang tidak asing lagi dalam hidupku. Seterusnya, kami juga sama-sama menyertai pertandingan nasyid yang diadakan bersempena dengan Minggu Ko-kurikulum KMK. Persediaan telah dibuat 3 minggu sebelum hari pertandingan. Kami menyanyikan lagu Damai Yang Hilang yang dipopularkan oleh kumpulan Nowseeheart. Ia juga bersempena dengan kemusnahan dan kehancuran yang telah dilakukan oleh Yahudi laknatullah. Aku menyumbang suara bagi bahagian base dan ada juga bahagian yang aku perlu menyanyikannya dengan suara mendatar dan ada juga bahagian yang memerlukan aku untuk memaksa tekakku memperhebatkan getarannya. Rasa hampir terkeluar anak tekakku ini. Aku sendiri tidak tahu yang aku mampu menarik suaraku setinggi itu. Bakat terendam. Mungkin kerana amalanku yang tidak meminum air berais dan sejuk yang menjadikan suara aku sebegitu. Mungkin suatu hari nanti aku boleh menyertai bidang nyanyian secara serius, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tapi mungkin selepas aku bergelar seorang doktor. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment